Tuesday 26 December 2017

Sains teknologi kejuruteraan islam





Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quran melarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.
Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Isi

Golongan belia adalah golongan yang sangat penting dalam pembangunanmasyarakat dan merupakan golongan yang mempunyai bilangan yang sangatramai dan merupakan golongan untuk membangunkan negara pada masa akandatang. Seharusnya golongan belia ini mempunyai satu kehidupan yangmempunyai hala tuju baik untuk mereka sendiri ataupun sebagai warganegaraMalaysia. Merujuk Swee, belia yang umurnya antara 15-29 tahun mewakili 26.3%daripada keseluruhan jumlah penduduk pada tahun 2015 nanti. Populasi beliamerupakan kumpulan paling dominan pada tahun 2020. Unjuran statistik padatahun 2000 menggambarkan peningkatan belia berumur bawah 40 tahun adalahtinggi sehingga mencecah 50.0% pertambahannya dan mereka akan mewakili duapertiga Malaysia (31 juta belia) manakala proposi kumpulan belia berumur 15hingga 24 tahun adalah sekitar satu pertiga (10 juta - anggaran unjuranberdasarkan statistik tahun 2000, 75 peratus berumur bawah 40 (16.5 jutadaripada 22 juta rakyat Malaysia).
18

Rentetan itu, segala perilaku dan aktivitigolongan belia ini sudah pasti akan memberi impak yang besar kepadapembangunan masyarakat sosial berbilang kaum di Malaysia ini. Salah satuperkara asas yang paling penting adalah isu kepercayaan kepada agama danperanan agama itu sendiri kepada golongan belia ini.



Agama sememangnya telah banyak memberikan sumbangan kepadakehidupan dan ketamadunan manusia. Salah satu daripada sumbangan agama kepada kehidupan dan ketamadunan manusia ini adalah melalui peranannya yang membentuk pandangan alam (
weltanschauung) manusia, mengawal segalakelakuan dan tingkah laku manusia, serta menyediakan sistem kerohanian yang berupaya menjawab pelbagai persoalan besar (ultimate questions) yang bersifatontologikal dan metafizik serta sentiasa menggusarkan diri manusia sekiranyatidak difahami dengan baik.14Malah menurut beberapa pandangan ahli psikologiklasik dan moden, agama sememangnya membantu dalam membentuk kehidupan seseorang dengan membentangkan pemahaman yang diperlukan oleh seseorang berkenaan maksud kehidupan; yang termasuk dalamnya asal kehidupan, tujuandan akhir perjalanan kehidupan manusia atau Fiqh al-Hayah. Melalui pemahamanyang asas inilah, maka seseorang itu dapat menjalankan kehidupan sehariannya dengan penuh fokus dan yakin dengan apa yang dipercayainya.


Isi.

SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG ILMU
Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai bidang keilmuan, banyak penyelidikan dilakukan dan ilmu telah berkembang dengan pesat berpandukan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya adalah bidang-bidang berikut, dan sebahagian ayat al-Quran yang memandunya adalah:
a) Bidang Kimia : Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Dan kami ciptakan besi padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia..” (al-Hadid : ayat 25) dan “Dia itu Tuhan yang menjadikan untukmu api dan kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu” (Surah Yasin : ayat 80)
b) Bidang Biologi : Firman Allah swt yang bermaksud : “...dan (ingatlah), engkau melihat bumi itu kering, kemudian apa bila kami menurunkan hujan, bergeraklah tanah (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai” (Surah al-Hajj : ayat 5). Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan kami tundukkan binatang- binatang itu untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan” (Surah Yasin : ayat 72).
c) Bidang Fizik : Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Bawalah kepadaKu beberapa ketul besi, sehingga apabila besi-besi itu menyamai tingginya dengan kedua gunung itu, dia berkata, hembuslah api, ketika besi itu menjadi cair yang berapi, bawalah kepadaKu leburan, supaya ku tuang menjadi padu” (Surah al-Kahfi : ayat 96). “Allah yang menerangi langit dan bumi, perumpamaan vahaya tuhan ini ialah seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu seakan-akan bintang, yang dinyalakan dari minyak dari pokok yang banyak berkatnya, iaitu zaitun yang bukan dari timur atau barat. Tuhan membimbing kepada cahayaNya sesiapa yang Dia kehendaki, dan Tuhan membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah maha mengetahui segala sesuatu” (Surah an-Nur : ayat 350). Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Tidak mungkin matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang, dan masing-masing beredar pada garis edarnya” (Surah Yasin : ayat 40)
d) Bidang Perubatan : Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina olehmanusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam-macam) bunga-bungaan dan buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkannya” (Surah an-Nahl : ayat 68-69).
e. Bidang Botani : Firman Allah swt yang bermaksud: “Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan, tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan, sesungguhnya padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikiran” (Surah an-Nahl : ayat 10-11). Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya kami menghalau (awan yang mengandungi air) ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman” (Surah as-Sajdah : ayat 27
f. Bidang Astronomi : Firman Allah swt yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah, (peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji” (Surah al-Baqarah : ayat 189). “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semua itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui” (Surah Yunus : ayat 5)
g) Bidang Geografi dan Pelayaran : Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera belayar di dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur” (surah al-Nahl : ayat 14). Firman Allah swt yang bermaksud: “Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu boleh berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu boleh mencari daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan dia telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaatsiyah : ayat 12-13).


kesimpulan.


Al-Quran dan as-Sunnah telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peradaban dan ketamadunan manusia, antara sumbangan terbesar adalah petunjuk kepada kehidupan berakidah yang sebenar, panduan melalui peraturan dan   undang-undang  dalam menjalani  kehidupan  seharian yang  dinamakan syariat  dan  juga aspek  pembinaan keperibadian  manusia iaitu  akhlak. Ketiga-tiga  elemen ini  iaitu akidah,  syariat  dan akhlak  mampu  membentuk peribadi  insan  yang  sempurna  merangkumi  roh,  akal  dan  jasad.  Kertas  kerja  ini  akan  menyentuh  mengenai sumbangan al-Quran dan as-Sunnah dalam pembinaan peradaban dan ketamadunan manusia, mengenengahkan kandungan  al-Quran  dan  as-Sunnah  berkaitan  perkembangan  era  ketamadunan  Islam,  aspek  keimuan  yang merupakan  teras  ketamadunan,  aspek  kehidupan  manusia  dalam  bermasyarakat,  aspek  ekonomi,  politik  dan kenegaraan, aspek keadilan serta kecemerlangan dan  aspek yang berkaitan dengan isu-isu semasa merangkumi isu keruntuhan sistem kekeluargan, isu rasuah, isu pencemaran dan isu pengabaian orang.

Agama islam sememangnya telah banyak memberikan sumbangan kepada ketamadunan manusia. Salah satunya adalah melalui peranannya yang membentuk pandangan alam manusia, mengawal segala kelakuan dan tingkah laku manusia, serta menyediakan sistem kerohanian yang berupaya menjawab pelbagai persoalan besar. Melalui pemahaman atau pandangan ahli psikologiklasik dan moden, seseorang itu dapat menjalankan kehidupan sehariannya dengan penuh fokus dan yakin dengan apa yang dipercayainya. Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang keilmuan, banyak penyelidikan dilakukan dan ilmu telah berkembang dengan pesat berpandukan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya adalah bidang kimia, bidang biologi, bidang fizik, bidang perubatan, bidang astronomi, bidang botani dan bidang geografi dan pelayaran.


Al-Quran dan as-Sunnah telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peradaban dan ketamadunan manusia seperti petunjuk kepada kehidupan berakidah yang sebenar, panduan melalui peraturan dan undang-undang dalam menjalani kehidupan seharian yang dinamakan syariat dan juga aspek pembinaan keperibadian manusia iaitu akhlak. Ketiga-tiga elemen ini iaitu akidah, syariat dan akhlak mampu membentuk peribadi insan yang sempurna merangkumi roh, akal dan jasad. Hal ini akan menyentuh mengenai sumbangan al-Quran dan as-Sunnah dalam pembinaan peradaban dan ketamadunan manusia, mengenengahkan kandungan al-Quran dan as-Sunnah berkaitan perkembangan era ketamadunan Islam, aspek keimuan yang merupakan teras ketamadunan, aspek kehidupan manusia dalam bermasyarakat, aspek ekonomi, politik dan kenegaraan, aspek keadilan serta kecemerlangan dan aspek yang berkaitan dengan isu-isu semasa merangkumi isu keruntuhan sistem kekeluargan, isu rasuah, isu pencemaran dan isu pengabaian orang tua.

Al- Quran sahajalah yang dapat memberikan ubat yang paling serasi dan mujarab bagi mengekalkan dan mengabadikan perpaduan (tamadun Islam) yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan keturunan tanpa ada alternatif lain. Al-Quran secara langsung dan tepat menberikan penerang kepda pembacanya tentang cara-cara kehidupan dan ke arah pengujudan suatu tamadun yang unggul (tamadun Islam).
‘Apakah mereka masih mencari agama lain selain agama Allah. Pada hal kepada Allah telah menjadi Islam (menyerah) diri segala apa yang di langit dan bumi, baik dengan sukar mahu pun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka dikembalikan.’